Isnin, 3 November 2014

Jalur lebar

Jalur lebar



Jalur lebar (Bahasa Inggeris: broadband) adalah medium yang menyambungkan komunikasi berkeupayaan tinggi. Ia berbeza dengan jalur sempit (narrowband); kedua istilah merujuk kepada kelebaran spektrum frekuensi tersedia untuk penggunaan komunikasi. Contoh yang nyata adalah ADSL, di mana 'suara' dan data berkongsi bahagian yang berlainan dalam dawai kuprum ('suara' dikendalikan di bawah frekuensi 3.3 kHz manakala data dikendalikan di atas 138 kHz).

Kelebihan

Dengan menggunakan jalur lebar, sesuatu laman boleh dimuat turun lebih pantas berbanding talian dail. Ia membolehkan kita menghantar maklumat ataupun menerima dengan pantas sehingga 40 kali ganda lebih pantas jika dibandingkan dengan modem berkeupayaan 56kbps.

Sungguhpun pelbagai jalur lebar minima telah digunakan bagi mentakrif jalur lebar, julat antara 64 kbit/s sehingga 2.0 Mbit/s[1], lapuran OECD 2006 adalah biasa mentakrifkan jalur lebar sebagai memiliki kadar pemindahan data muat turun sama atau melebihi 256 kbit/s, sementara United States (US) Federal Communications Commission (FCC) pada 2009, mentakrifkan "Jalur lebar Asas" sebagai kelajuan penghantaran data melabihi 768 kilobit se saat (Kbps), atau 768,000 bit se saat, sekurang-kurangnya satu arah: muat turun (dari Internet kepada komputer pengguna) atau muat naik (daripada komputer pengguna ke Internet). Fesyen adalah untuk meningkatkan tahap definasi jalur lebar ketika pasaran melancarkan perkhidmatan yang lebih pantas.

Kadar data ditakrifkan dari segi muat turun maksima kerana beberapa teknologi jalur lebar pengguna biasa seperti ADSL adalah "asymmetric"—menyokong kadar data muat naik maksima yang lebih perlahan berbanding muat turun.

"Kadar penembusan jalur lebar" kini dianggap sebagai petunjuk ekonomi utama.
Dalam hal data eletronik pula, kesan yag sama boleh diperolehi dengan teknologi kabel yang maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia semakin berubah dengan pelbagai inovasi hasil sains dan teknologi.

Internet jalur lebar

Jalur lebar juga digunakan untuk merujuk kepada capaian Internet jalur lebar, di mana sambungan untuk capaian adalah lebih tinggi berbanding modem telefon (56 kbit/s). Istilah jalur lebar digunakan bagi merujuk kepada sambungan 512 kbit/s atau lebih tinggi, walaupun sesetengah Internet Service Provider (ISP) telah mengiklankan perkhidmatan dengan lebar jalur (bandwidth) yang kurang kerana tidak terdapat kadar bit (bitrate) yang ditakrifkan dalam industri komunikasi.

Multiplexing

Komunikasi boleh menggunakan beberapa saluran fizikal berlainan serentak; ini adalah multiplexer capaian pelbagai (multiplexing for multiple access). Saluran sedemikian boleh dibezakan setiap satunya melalui masa - multiplexer pembahagian masa (time division multiplexing) atau TDMA, dalam frekuensi pembawa - multiplexer pembahagian frekuensi (frequency division multiplexing) atau FDMA, atau multiplexer pembahagian panjang gelombang (wavelength division multiplexing) WDM, atau dalam kaedah capaian multiplexer pembahagian kod (code division multiplexing) atau CDMA. Setiap saluran yang mengambil bahagian dalam multiplexing exercise adalah dari segi takrifan merupakan jalur sempit (kerana tidak menggunakan seluruh lebar jalur medium), manakala jika seluruh saluran dilihat secara sekaligus dan digunakan untuk tujuan komunikasi yang sama, maka ia boleh dipanggil sebagai jalur lebar.

Jalur asas

Jalur asas


Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Penghantaran data jalur asas (baseband) menggunakan Pengekodan Manchester untuk menghantar data melalui bas tersebut. Isyarat jalur asas menggunakan kesemua spektrum kabel dan hanya satu isyarat dapat dihantar pada seketika. Oleh sebab itu, hanya satu stesen kerja haruslah menghantar data pada sesuatu ketika supaya mengelakkan perlanggaran isyarat (signal collision). 

Protokol Kawalan Pencapaian Media (Media Access Control Protocol) digunakan untuk mengawal pencapain bas tersebut. Ini berlawanan dengan jalur lebar (broadband) yang membenarkan penghantaran dua atau lebih isyarat secara serentak.

Namun, penghantaran isyarat secara jalur asas adalah dwihala (bidirectional), dan isyarat daripada sesuatu stesen kerja dihantar melalui kedua-dua hala kabel yang disambung kepadanya.


Sistem Rangkaian

Rangkaian Komputer adalah sekumpulan peranti, dikenali juga sebagai nod, yang berhubungan dengan media penghubung. Nod boleh terdiri dari komputer, pencetak atau lain-lain peranti yang menghantar dan menerima data yang dihasilkan oleh nod-nod lain dalam rangkaian. Media penghubung juga dikenali sebagai media komunikasi.

Rangkaian yang pertama ialah pada sekitar akhir 1960-an dan awal 1970-an, iaitu ARPANET yang dibina oleh ARPA untuk Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Pada hari ini, terdapat pelbagai jenis rangkaian, antaranya rangkaian kawasan setempat (LAN) dan rangkaian kawasan luas (WAN). Rangkaian yang paling besar di dunia ialah Internet.

Berikut adalah beberapa kelebihan rangkaian komputer:
  • Perkongsian Maklumat
  • Perkongsian Sumber Perkakasan
  • Perkongsian Sumber Perisian
  • Utusan Elekronik (E-Mail)
  • Keselamatan Data
  • Sokongan




Ciri-ciri

Jaringan komputer:
Memudahkan perhubungan 
Menggunakan jaringan, orang mampu berhubung dengan efisen dan mudah melalui surat eletronik, perutusan segera, bilik borak, telefon, panggilan telefon video, dan sidang video.

Membenarkan perkongsian file, data, dan maklumat jenis lain
Dalam persekitaran jaringan, pengguna dibenarkan mampu mencapai data dan maklumat tersimpan pada komputer lain di jaringan. Keupayaan memberikan capaian pada data dan maklumat di peranti simpanan berkongsi merupakan ciri penting kebanyakan jaringan.

Berkongsi sumber jaringan dan komputer
Dalam persekitaran jaringan, setiap komputer di jaringan mampu mencapai dan menggunakan sumber diberikan oleh peranti di jaringan, seperti mencetak dokumen pada pencetak jaringan dikongsi. Pekomputeran taburan menggunakan sumber komputer di jaringan bagi melaksanakan sesuatu tugasan.

Mungkin tidak selamat
Jaringan komputer mungkin boleh digunakan oleh hacker komputer bagi melaksanakan viris komputer atau cecacing komputer pada peranti yang disambung pada jaringan atau menghalang peranti ini daripada mencapai jaringan secara normal (serangan penafian perkhidmatan).

Mungkin mengganggu teknologi lain
Talian kuasa perhubungan menganggu dengan kuat bentuk perhubungan radio tertentu, contoh., radio amateur.[4] Ia juga mungkin mengganggu dengan teknologi langkah terakhir ("last mile") seperti ADSL dan VDSL.[5]

Mungkin lebih sukar untuk disediakan
Jaringan komputer rumit mungkin sukar untuk disediakan. Ia juga mungkin amat mahal bagi memasang jaringan komputer efektif dalam organisasi atau syarikat besar.